
Tahun baru tiba lagi, maka dengan sedia maklum tahun yang lepas sudah berakhir. Maka terpekik terlolonglah kita melafazkan “Happy New Year” kepada rakan dan kaum kerabat. Tidak kurang juga mesej pesanan ringkas (SMS) yang bermacam macam stail hinggakan penuh inbox dibuatnya. Apapun yang berlaku, rata-rata semuanya bergembira setiap kali tiba tahun baru.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan ribuan Terima kasih di atas penyertaan dan sokongan anda di dalam laman portal myKGM.net. Portal ini sememangnya baru, dan beroperasi sekitar 3 bulan yang lepas. Setakat ini, kita mempunyai 24 member berdaftar dengan olebih kurang 10 orang member yang aktif. Untuk pengetahuan semua, portal ini belum lagi dihebahkan secara besar-besaran. Hanya rakan-rakan member sahaja yang mengetahuinya melalui jemputan sahaja.
Saya berhasrat untuk memperkenalkan portal ini kepada dunia apabila kita sudah memindahkan operasi ke CYBERJAYA di mana kelajuan akses internet serta server yang lebih canggih dan laju. Memandangkan kos “TICKET TO CYBERJAYA” amat tinggi, saya mengambil keputusan untuk menghebahkan portal ini sekiranya seorang member telah membuat sebanyak 1000 posting.
Walaupun portal kita agak kecil dan baru, kami telah menjayakan beberapa aktiviti nyata seperti BBQ yang ditaja oleh CatWomen. myKGM.net juga aktif berganding bahu dengan portal RumahDayak.com dalam menjalankan aktiviti seperti BABY CHRISTMAS , kutipan dana bagi membantu Miri Palliative Care Centre dan sambuatan NEW YEAR EVE BEACH PARTY. Tahun 2009 ini, kami berhasrat untuk mengadakan lebih banyak aktiviti social bersama portal–portal lain di Miri. Bagi member myKGM.net di luar Miri pula, kami mengalu-alukan program kemasyarakatan yang anda rancangkan. Sekiranya berpeluang, kami akan sedaya upaya untuk sama-sama menjayakannya.
Kita sama-samalah berharap agar portal ini dapat member manfaat kepada semua golongan. Di samping itu, kita juga haruslah sama-sama mempromosikan portal ini kepada rakan dan sahabat handai agar bagi memeriahkan lagi portal kita.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Pendekar J.Howard di atas sumbangan beliau dalam menjayakan program “TICKET TO CYBERJAYA”. Tidak lupa juga kepada 2 moderator kita, antu-ngelansat dan CatWomen atas sokongan yang anda berikan. Juga kepada Superstar dan member member sekalian.
Terima Kasih. Selamat Tahun Baru